TERKINI

Azhar Abdul Manaf dilantik Ketua Pengarah Mara baharu

Azhar Abdul Manaf dilantik Ketua Pengarah Mara baharu

21/04/2017 5:45pm


Ismail Sabri menyaksikan penyerahan surat pelantikan Ketua Pengarah Mara kepada Azhar (kanan) yang disampaikan oleh Ibrahim pada majlis yang diadakan di ibu pejabat Mara di ibu negara hari ini.


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Mara, Azhar Abdul Manaf dilantik sebagai Ketua Pengarah Mara yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Azhar menggantikan Datuk Ibrahim Ahmad yang akan mula bercuti pada hari sama sebelum bersara wajib.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pelantikan Azhar pada majlis penyerahan tugas hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim atas perkhidmatannya yang disifatkan telah memberi sumbangan signifikan dalam agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera serta negara amnya.

"Di bawah kepimpinannya sepanjang tujuh tahun ini, Mara telah melalui beberapa fasa transformasi termasuk menetapkan hala tuju baharu bagi menghadapi cabaran akan datang," katanya dalam ucapan ringkas sebelum menyerahkan surat pelantikan kepada Azhar.

"Ismail Sabri berkata, Azhar dilantik atas pengalaman luas dan perkhidmatan cemerlang sepanjang perkhidmatannya dengan Mara, selain berpengalaman menjadi pengarah di beberapa bahagian Mara. - Bernama

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. Gambar hiasan

Process time in ms: 47