TERKINI

APM selamatkan kucing terperangkap dalam enjin kereta

APM selamatkan kucing terperangkap dalam enjin kereta

21/04/2017 4:54pm

Anggota APM menyelamatkan kucing yang terperangkap dalam enjin sebuah kereta malam tadi.


KUALA PILAH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah berdepan tugas `luar biasa' membantu menyelamatkan seekor anak kucing terperangkap dalam enjin sebuah kereta di sini malam tadi.

Ketua Operasi APM Kuala Pilah, Sarjan Majeran Lon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada pemillik kereta jenis Perodua Kenari tersebut pada pukul 9.28 malam.

"Pemlik kereta iaitu seorang lelaki berusia 51 tahun menghubungi APM Kuala Pilah meminta kami membantu menyelamatkan anak kucing berkenaan.

"Seramai empat anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke rumahnya di Taman Bukit Intan bagi memberi pertolongan," katanya kepada Kosmo! hari ini.

Majeran berkata, kucing warna hitam berusia kira-kira lima bulan itu gagal keluar daripada enjin kereta tersebut kerana ekornya tersepit pada tali sawat pemasaan kenderaan itu.

Menurut beliau, telinga sebelah kanan kucing itu pula putus 50 peratus dipercayai terkena tali sawat pemasaan tersebut sewaktu pemilik kereta itu menghidupkan enjin kenderaannya.

"Kami terpaksa membuka tali sawat pemasaan kereta itu untuk menyelamatkan kucing berkenaan. Kucing tidak bertuan itu dilepaskan selepas diberi rawatan," katanya. - K! ONLINE

Process time in ms: 46