TERKINI

Geng 24: pengawal keselamatan, mekanik antara yang ditahan

Geng 24: pengawal keselamatan, mekanik antara yang ditahan

21/04/2017 4:18pm


Rakaman video yang memaparkan kekecohan di luar sekolah di Klang yang menjadi tular.


SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan dan mekanik antara 18 orang yang ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 di sekitar Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka termasuk 13 pelajar yang berusia antara 16 dan 25 tahun ditahan dalam operasi Cantas Khas sebaik sahaja rakaman video menunjukkan mereka menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah menjadi tular.

"Kesemua mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bermula malam tadi sehingga awal hari ini setelah mendapati terdapat elemen kongsi gelap dalam video yang diviralkan.

"Polis masih menyiasat motif dan mengenal pasti dalang di sebalik kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Katanya, kesemua mereka direman sehingga 24 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966. - Bernama

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31