TERKINI

Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

21/04/2017 3:40pm


Amirul Amin (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan membunuh bapa kandungnya sendiri di kediaman mereka pada 14 April lalu.


KANGAR - Seorang penganggur berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumahnya di Padang Besar, dekat sini, minggu lepas.

Tertuduh, Amirul Amin Amran, 24, didakwa membunuh Amran Ariffin, 53, di rumah tidak bernombor di Batu 4, Jalan Padang Melangit, Padang Besar antara pukul 7.20 dan 7.30 malam pada 14 April lepas.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Amirul Amin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau di tempat dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 32