TERKINI

Bangkai dugong ditemui di Mersing

Bangkai dugong ditemui di Mersing

21/04/2017 3:34pm


Gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Seekor dugong ditemukan mati terdampar di sebuah kawasan kampung di Pulau Tinggi, Mersing, petang semalam.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, bangkai mamalia itu dijumpai orang awam pada 5 petang.

Ia kemudian dihantar ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing untuk bedah siasat oleh Jabatan Veterinar Johor dan pegawai penyelidikan mamalia marin dari Pusat Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Terengganu.

"Butiran sebab kematian belum diterima tetapi kewujudan dugong di negeri ini memang sudah lama. Itu sebab kita hendak lindungi (dugong) dengan menjadikan kawasan itu sebagai santuari dugong," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama dugong ditemukan terdampar di Johor. Pada 2015, seekor dugong terdampar di Pulau Sibu diikuti dua ekor dugong masing-masing di Kuala Sedili dan sekali lagi di Pulau Sibu, tahun lepas. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31