TERKINI

Geng 24: 18 termasuk 13 pelajar ditahan

Geng 24: 18 termasuk 13 pelajar ditahan

21/04/2017 10:54am

Khalid mengucapkan tahniah dalam Twitter di atas kejayaan pihak polis memberkas anggota kongsi gelap tersebut .


KUALA LUMPUR - Seramai 18 orang termasuk 13 pelajar ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 di sekitar Klang, awal hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan tersebut dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC).

"Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti Geng 24," katanya dalam catatan di laman Twitternya pagi ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Sultan Muhammad V raja berjiwa rakyat

PELANTIKAN Sultan Muhammad V (depan kanan) sebagai Yang di-Pertuan Agong merupakan keputusan sebulat suara Majlis Raja-Raja.

Process time in ms: 31