TERKINI

Dadah: Suami isteri ditahan di R&R Gurun, Kedah

Dadah: Suami isteri ditahan di R&R Gurun, Kedah

21/04/2017 12:09pm

Dadah yang dirampas semalam.


ALOR SETAR - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 2.26 kilogram di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah utara dekat sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Superintendan Helmi Aris berkata, pasangan tersebut yang berusia 29 dan 38 tahun itu ditahan dalam satu operasi di hentian R&R tersebut pada pukul 4.20 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu yang menaiki kereta Proton Iswara dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran parkir lori sebelum anggota polis membuat pemeriksaan.

Katanya, pasangan tersebut dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Gurun dan Sungai Petani dekat sini.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta menemui satu beg plastik hitam mengandungi bungkusan surat khabar berisi ketulan disyaki heroin dalam lima peket plastik lut sinar.

“Kita kemudian menahan suspek untuk tindakan lanjut dan siasatan mendapati mereka mengedar dadah di sekitar Gurun dan Sungai Petani, " katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31