SUKAN

Serena bolot juara meskipun hamil

Serena bolot juara meskipun hamil


SERENA membuat kejutan apabila berjaya merangkul kejuaraan pada Terbuka Australia meskipun ketika itu dia disahkan hamil 20 minggu, Januari lalu.


LONDON – Pemain No. 2 dunia, Serena Williams sekali lagi mencipta kejutan apabila dia disahkan mengandung ketika merangkul gelaran Grand Slam Terbuka Australia, Januari lalu.

Atlet berusia 35 tahun itu memuat naik kenya­taan di laman sosial semalam dengan me­nyatakan bahawa kan­dungannya berusia 20 ming­gu.

Dengan kenyataan tersebut, dia dikatakan mengandung beberapa minggu ketika memena­ngi Terbuka Australia.

Pemegang 23 Grand Slam tersebut mengakui diri­nya sama seperti wa­nita-wanita lain apabila tidak sedar akan status kan­dungannya ketika itu dan terus menjalani aktiviti fizikal yang intensif.

Bagaimanapun, Serena disahkan menarik diri daripada kejohanan Indian Wells di California dan Key Biscayne di Flo­rida dengan alasan me­ngalami kecederaan pada lutut.

Terdahulu, pemegang gelaran Grand Slam terbanyak dalam era terbuka itu bertunang dengan pengasas bersama Reddit, Alexis Ohania dan mereka dijangka menimang cahaya mata pertama pada musim luruh nanti.

Dengan berita kehamilan berkenaan, Serena dijangka tidak membuat sebarang penampilan se­panjang musim ini dan hanya akan kembali ke gelanggang pada tahun depan.

Sebagai rekod, Serena merupakan pemain wa­nita ketiga yang meraih gelaran Grand Slam ketika mengandung selepas Margaret Court (Wimbledon 1971) dan Evonne Goolagong (Wimbledon 1980). – Agensi

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31