NEGARA

4 sahabat terlepas hukuman mati

4 sahabat terlepas hukuman mati


Empat tertuduh (bergari) bersama para peguam masing-masing menuju ke Mahkamah Tinggi Ipoh semalam sebelum mahkamah memutuskan mereka terlepas daripada hukuman mati atas tuduhan membunuh seorang lelaki.


IPOH – Empat rakan sekampung menarik nafas lega selepas terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepaskan dan membebaskan mereka atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan tersebut pada akhir kes pendakwaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap keempat-empat mereka.

Dalam alasan penghakiman­nya, beliau mendapati tiada bukti yang boleh menjelaskan perbuatan itu dilakukan tertuduh selain tiada keterangan daripada saksi yang menunjukkan keempat-empat mereka mempunyai niat bersama dalam melakukan perbuatan itu.

“Adalah tidak selamat untuk mahkamah memanggil ke­semua tertuduh bagi membela diri.

“Dengan itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan keempat-empat tertuduh tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh, R. Lanchana Rao, 23; P. Rajkumar, 18; S. Harikrishnan, 30 dan K. Jeevan Naidu, 23, didakwa dengan niat bersama membunuh N. Jayasilan, 42, di tepi jalan Kampung Melayu Jenderata, Batu 10, Hutan Melintang dekat sini antara pukul 3 hingga 6.40 pagi 21 Jun 2015.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31