NEGARA

Salah guna lambang kerabat

Salah guna lambang kerabat


Tengku ISKANDAR keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah menggunakan gelaran dan lambang kerabat diraja tanpa kebenaran Sultan Kelantan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan yang mendakwa diri­nya Kerabat Diraja Kelantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menggunakan gelaran dan lambang Kerabat Diraja Long Yunus.

Tengku Iskandar Tengku Ahmad, 71, selaku orang kena saman (OKS) membuat pe­ngakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa tanpa kebenaran daripada Sultan Kelantan menggunakan gelaran Yang Maha Mulia pada surat kuasa bertarikh 31 Ogos 2014 yang ditandatangani olehnya dengan nama Yang Maha Mulia Tengku Iskandar Tengku Ahmad Panglima Raja.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat DU Tyre Sdn. Bhd., Damansara Utama di sini pada pukul 3 petang, 31 Ogos 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Kelantan Enakmen Bil 8 1977 Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah daripada salah guna) yang boleh dihukum denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tengku Iskandar didakwa bertindak bagi pihak Kerabat Diraja Long Yunus dengan menandatangani surat kuasa bertarikh 31 Ogos 2014 dengan kepala surat berlambang Pertubuhan Kerabat Diraja Long Yunus bagi membenarkan penama Chai Kok Leong, 51, mengendalikan kenderaan Mercedes Benz nombor pendaftaran WA 45 J yang turut tertera lambang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, tarikh dan pada masa yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16