NEGARA

2,795 orang terima bantuan khas

2,795 orang terima bantuan khas


NAJIB (dua dari kanan) bertanya khabar kepada Hasmah (kanan) semasa menziarahi keluarga warga emas itu di Kampung Tenggoh, Temerloh semalam. Turut kelihatan ialah Rosmah (tengah) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (berdiri di belakang dua dari kiri).


TEMERLOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan bantuan bulanan peruntukan kerajaan Persekutuan berjumlah RM10.2 juta kepada 2,795 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dari sekitar bandar ini semalam.

Pada majlis yang berlangsung di Masjid Baharu Daerah Temerloh itu, penerima terdiri daripada 1,229 warga emas, kanak-kanak (608), pekerja cacat anggota (508) dan orang kurang upaya (OKU) (447).

Najib yang menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan lebih 500 penduduk di masjid itu turut menyampaikan elaun sara hidup berjumlah RM252,000 kepada 105 nelayan darat daerah ini serta sumbangan berjumlah RM14,700 kepada 49 mangsa ribut di Taman Murni, Lanchang, dekat sini pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan berbentuk barangan kepada 300 anggota Persatuan Pesara Kerajaan, Persatuan Pesara Polis, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang dise­rahkan kepada wakil setiap persatuan.

Dalam pada itu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut meluangkan masa menziarahi dua keluarga yang menjadi mangsa banjir besar di daerah ini pada 2014. Hasmah Ibrahim, 74, jelas amat terharu dengan kesudian Perdana Menteri dan isterinya untuk bertanya khabar tentang keadaan keluarganya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31