DUNIA

Syarikat teknologi cabar perintah sekatan Trump

Syarikat teknologi cabar perintah sekatan Trump


TRUMP


SAN FRANCISCO – Sejumlah syarikat teknologi termasuk Amazon, Facebook, Google dan Microsoft kelmarin memfailkan secara bersama tindakan undang-undang meminta hakim mengetepikan larangan perjalanan terkini Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Lebih 160 syarikat sektor teknologi memfailkan perintah mahkamah bagi melawan perintah eksekutif Trump di sebuah mahkamah rayuan AS untuk Daerah Maryland.

Hakim-hakim persekutuan telah menyekat perintah eksekutif Trump yang dikeluarkan pada Mac lalu agar menutup sementara sempadan AS untuk pelarian dan rakyat daripada enam negara Islam. Perintah mahkamah tersebut memberi tamparan memalukan kepada Presiden itu.

Perintah eksekutif itu menyebabkan pembekuan seluruh negara untuk perintah larangan kemasukan rakyat Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen selama 90 hari.

Seorang hakim AS semasa membuat keputusan terhadap Hawaii yang mencabar tindakan Trump berkata, undang-undang itu berkemungkinan besar akan menyebabkan ‘kecede­raan yang tidak boleh dipulih­kan’ sekiranya larangan diteruskan.

Di Maryland, Hakim Daerah AS, Theodore Chuang mengeluarkan satu injunksi serupa di seluruh negara berhubung satu dakwaan ber­asingan oleh kumpulan penyokong yang mendakwa perintah itu dipinda­ kerana diskriminasi terhadap agama Islam.

Dalam dokumen undang-undang yang difailkan kelmarin menyatakan, syarikat yang menyokong lara­ngan Trump bukan sahaja melakukan diskriminasi atas dasar agama, malah melampaui kuasa Presiden untuk mengubah peraturan mengenai siapa yang dibenarkan masuk ke negara itu.

“Perintah kedua itu mengakibatkan suatu anjakan asas dalam ka­edah mengawal kemasukan ke AS dan menimbulkan bahaya besar kepada syarikat-syarikat AS, pekerja-pekerja mereka dan keseluruhan ekonomi AS,” kata peguam dalam satu salinan ringkas yang disediakan di internet.

Larangan itu akan menyebabkan syarikat sukar mengambil pekerja berkemahiran, meningkatkan kos, persaingan semakin sukar dan syarikat global lebih tertarik untuk me­labur dalam operasi di negara yang lebih mesra imigran. – AFP

Process time in ms: 16