VARIA

Kembang perniagaan menerusi pesta jualan

Kembang perniagaan menerusi pesta jualan


SEBANYAK 40 buah gerai dibuka pada Fiesta Walk About di Putrajaya baru-baru ini.


BERGELAR usahawan bukanlah sesuatu yang mudah. Selain modal, mereka perlu mempunyai ilmu atau kemahiran tertentu agar perniagaan yang dijalankan semakin maju.

Begitupun, bagi usahawan baharu, jatuh bangun merupakan perkara biasa yang perlu ditempuh dan sebahagian daripada proses untuk menjadi matang dalam perniagaan.

Sehubungan itu, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) merupakan platform jaringan perhubungan yang membantu usahawan kecil untuk bergerak dalam melebarkan perniagaan masing-masing.

Pelbagai kegiatan dan aktiviti persatuan dijalankan dari semasa ke semasa bagi melaksanakan matlamat memperkasa usahawan DPUKM.

Presidennya, Datuk Sri Abu Hassan Mohd. Nor berkata, pihaknya sentiasa merangka pelbagai aktiviti untuk membuka ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya mempromosikan produk masing-masing.


AHLI DPUKM turut menawarkan perkhidmatan sukaneka bagi membolehkan pengunjung bersantai bersama anak-anak.


“Bagi merealisasikan perkara itu, buat julung-julung kalinya kami menganjurkan Fiesta Walk About selama dua hari dengan pelbagai program menarik seperti konvoi motosikal, trak makanan, persembahan pentas, ceramah agama dan cabutan bertuah.

“Selain itu, sebanyak 40 gerai jualan yang terdiri daripada ahli DPUKM menjual pelbagai produk seperti makanan, pakaian, barangan cenderamata dan perkhidmatan sukaneka,” katanya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

Ujarnya, aktiviti tersebut bukan hanya memberi peluang kepada ahli-ahli DPUKM untuk berniaga tetapi mengajak orang ramai beriadah bersama keluarga di Putrajaya yang mempunyai tempat serta taman sangat indah.

Jelas Abu Hassan, DPUKM kini mempunyai 30,000 orang ahli dari seluruh Malaysia dan pihaknya akan membantu para usahawan sehingga berjaya dengan perkongsian ilmu, latihan dan jaringan pemasaran.

Bagi memperkasakan lagi usahawan-usahawan di negara ini, DPUKM bakal mencipta rekod tersendiri dengan menganjurkan Hari Usahawan Negara pada bulan Mei depan.

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 46