TERKINI

20 liter bahan kimia tumpah dalam kemalangan babitkan dua lori

20 liter bahan kimia tumpah dalam kemalangan babitkan dua lori

21/03/2017 1:00pm


Sebanyak 20 liter bahan kimia 'Ultra Clean 520' tumpah di Taman Permai 2 di sini tengah malam tadi.


SEREMBAN - Sebanyak 20 liter bahan kimia 'Ultra Clean 520' tumpah di Taman Permai 2 di sini tengah malam tadi akibat sebuah lori yang membawa muatan itu melanggar sebuah lori lain yang diletakkan di bahu jalan di satu kawasan curam.

Pihak bomba dan penyelamat bagaimanapun telah memulihkan tumpahan bahan kimia tersebut awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, lori muatan 10 tan tersebut terbabas semasa mengundur sebelum terlanggar sebuah lagi kenderaan berat sehingga menyebabkan tiga daripada 20 tong bahan kimia dalam lori pecah.

Pelanggaran menyebabkan pemandu lori terbabit cedera dan segera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk mendapatkan rawatan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md. Zin Salleh berkata, lapan anggota termasuk lima pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bersama dua jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 12.11 tengah malam.

"Pasukan Hazmat mengambil masa lebih sejam untuk meneutralkan tumpahan 'Ultra Clean 520' di kawasan terjejas," katanya ketika dihubungi hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Lubuk barangan terpakai berkualiti dari Singapura

PRODUK- PRODUK elektrik dan elektronik terpakai sering menjadi perhatian pelanggan di Pasar Karat Rengit.

GenK»

Minat menulis sejak kecil

Hobi menulis pada masa lapang akhirnya membawa Mikael Sahaja dan Aneff Bahrom sebagai penulis muda genre alternatif apabila idea kreatif mereka dijilidkan menjadi novel.

Varia!»

Gabungan tiga generasi artis seni

Mahzurah (kanan) bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan yang menjayakan pameran Simula di Galeri B Artistic, Damansara Utama, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 47