TERKINI

Sains nafi empangan pedas pecah akibatkan banjir di Rembau

Sains nafi empangan pedas pecah akibatkan banjir di Rembau

21/03/2017 1:33pm


Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.


SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) menafikan dakwaan kononnya Empangan Pedas pecah yang mengakibatkan banjir di Rembau dan kawasan sekitarnya semalam.

Pengarah Sains, Wan Rasdi Wan Ismail berkata, kejadian banjir itu tiada kena-mengena dengan empangan pecah, yang katanya sengaja direka bagi memburukkan lagi keadaan.

"Banjir ini kerana hujan lebat yang menyebabkan limpahan air sungai. Empangan Pedas berada dalam keadaan baik dan jika penuh pun ia (empangan) akan mengeluarkan air melalui alur limpah ke sungai.

"Saya minta orang ramai tidak panik, tidak perlu tular benda yang tidak betul dan tidak perlulah mereka-reka cerita," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir di Rembau dan Kuala Pilah yang ditularkan dalam media sosial kononnya ia berlaku akibat Empangan Pedas pecah. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31