SUKAN

Roma mahu rampas puncak Serie A

Roma mahu rampas puncak Serie A


PEMAIN tengah Roma, Mohamed Salah (tengah) merembat bola masuk ke gawang untuk gol kedua ketika aksi menentang Sassuolo di Stadium Olympic awal padi semalam.


ROM – Pemain tengah Roma, Kevin Strootman yakin mereka berada di landasan terbaik untuk menamatkan saingan Serie A di kedudukan empat terbaik selepas membenam Sassuolo 3-1 awal pagi semalam.

Jelas pemain tengah antarabangsa Belanda itu, kekalahan mengejut kepada Olympique Lyonnais (Lyon) minggu lalu telah menyedarkan mereka bahawa kegagalan meraih sebarang mata sebenarnya boleh menjejaskan kedudukan mereka di pentas liga.

“Selepas tewas kepada Lyon, kami amat memerlukan tiga mata. Sassuolo beraksi dengan sangat baik pada babak pertama perlawanan. Namun, kualiti yang ada pada kami telah menafikan kebangkitan Sassuolo dalam babak kedua perlawanan.

“Saya akui kami pasukan yang gagal memanfaatkan banyak peluang pada babak pertama perlawanan tetapi berjaya membalas kepercayaan para penyokong terhadap kami pada aksi kedua,” katanya semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadio Olimpico itu, penyerang Sassuolo, Gregoire Defrel berjaya meledakkan gol pembukaan seawal minit kesembilan, namun pemain tengah Roma, Leandro Daniel Paredes berjaya menyamakan kedudukan tersebut tujuh minit kemudian menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti.

Menjelang babak kedua perlawanan, Roma yang turun sebagai pasukan tuan rumah berjaya menambah dua lagi jaringan gol masing-masing menerusi Mohamed Salah pada minit ke-45 dan Edin Dzeko (m-68).

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan mereka kekal berada di kedudukan kedua Serie A dengan 65 mata.

Dalam perkembangan lain, pemain berusia 27 tahun itu turut menjelaskan, selepas tersingkir daripada kempen Liga Europa, tum­puan mereka kini le­bih terarah untuk merampas kedudukan sebagai pendahulu liga daripada­ Juventus yang mempu­nyai kelebihan lapan mata setakat ini.

“Napoli, Milan dan beberapa lagi pasukan juga mahukan kejuaraan liga. Juventus adalah pasukan pilihan tetapi kami masih mempunyai peluang untuk merampas kedudukan pertama liga asalkan semua pemain sentiasa fokus kepada satu perlawanan ke perlawanan lain,” katanya. – AGENSI

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31