SUKAN

'Hormati perjanjian'

'Hormati perjanjian'

KHAIRY (tengah) bersalam dengan Pengerusi Kumpulan SCGM Berhad, Datuk Seri Lee Hock Seng pada majlis penyerahan penajaan Sukan SEA 2017 di Putrajaya semalam yang turut dihadiri Pengarah Urusan SCGM Berhad, Datuk Seri Lee Hock Chai (kanan), Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali (dua dari kiri) serta Ketua Pegawai Eksekutif MASOC KL2017, Datuk Seri Zolkples Embong (kiri).


PIHAK yang terlibat dengan gentlemen's agreement berhubung peralihan kuasa dalam kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mematuhi perjanjian tersebut.

Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

Menurut Khairy, individu yang terlibat dalam perjanjian itu perlu jujur dan menghormati perkara yang dipersetujui walaupun ia bukan perjanjian rasmi atau bertulis.

“Ia bukan perjanjian rasmi atau bertulis tetapi perjanjian yang dibuat secara lisan antara beberapa individu dan saya rasa mereka yang terlibat itu mesti menghormatinya.

“Sekiranya kita rasa kita menghormati perjanjian itu, maka lebih baik kita mematuhi perjanjian tersebut. Bila perjanjian itu bukan perjanjian bertulis, kita tidak dapat memaksa atau menguatkuasakannya,” katanya.

Khairy berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian kerjasama penajaan antara Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan syarikat pembungkusan plastik, SCGM Berhad di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Sebelum ini akhbar tempatan melaporkan bahawa Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff (gambar kecil) yang berehat daripada memegang jawatan itu sejak Oktober 2015, membuat perjanjian dengan dua pemimpin tertinggi persatuan tersebut.

Menurut perjanjian itu, Timbalan Presiden, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd. Majid akan memangku jawatan tersebut sehingga tamat Sukan Olimpik Rio 2016 atau berakhirnya penggal jawatankuasa sedia ada.

Selepas itu, beliau perlu memberi laluan kepada seorang lagi Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi mengisi jawatan presiden.

Bagaimanapun, Al Amin yang turut berminat menduduki kerusi No. 1 badan induk badminton negara itu menafikan beliau terbabit dengan gentlemen's agreement berkenaan.

Kelmarin, Al Amin menjelaskan bahawa beliau menyerahkan perkara tersebut kepada ahli gabungan persatuan negeri.

Menurutnya, ahli gabungan akan menentukannya sama ada bakal berlaku pertandingan merebut jawatan presiden atau sebaliknya.

Pemilihan BAM dijangka berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada penghujung April depan. – BERNAMA

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. – AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 31