STAILO

Terjemahan kimono dalam gaya moden

Terjemahan kimono dalam gaya moden


ROSIE ON FIRE menampilkan lebih 60 pilihan kimono.


KEANGGUNAN dan kecantikan wanita Jepun memakai baju tradisional mereka iaitu kimono memang tidak dapat disangkal lagi. Justeru itu, jenama Rosie On Fire tampil menerapkan potongan busana tradisional tersebut ke dalam koleksinya.

Direka dengan sentuhan gaya moden, koleksi kimono ringkas itu dipakai sebagai pengganti jaket atau blazer yang dipadankan dengan apa jua pakaian mengikut kreativiti si pemakai.

Menurut pemilik jenama itu, Angelina Khoo, walaupun gaya pemakaian cukup ringkas, pihaknya menyuntik elemen drama dan glamor dalam setiap rekaan kimono tersebut.

“Terdapat lebih 60 koleksi kimono yang dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu baby, classic, silk classic dan flow.

“Keempat-empat jenis kimono itu dibezakan menerusi penggunaan fabrik, corak dan saiz,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada pertunjukan fesyen kimono di pusat beli-belah Bangsar Village II, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rosie On Fire yang melebarkan sayapnya ke Kanada, Britain dan Amerika Syarikat turut mempertaruhkan warna-warna ceria serta corak yang sangat memikat hati.

Selain fabrik bercorak, pihaknya turut mengetengahkan kimono kosong dan berwarna ombre (gabungan warna lembut dan terang) yang menjadi signatur jenama itu.

Bagi menjaga kualiti produk itu, pasukan Rosie On Fire menjelajah benua Asia untuk mendapatkan fabrik bagi kimono yang terbaik dan memantau setiap proses termasuk kerja-kerja pemotongan kain agar ia beralun dan kelihatan cantik apabila dipakai.

Selain digayakan secara santai, kimono itu juga boleh dipakai ke pejabat dengan pemilihan padanan pakaian, corak serta warna bersesuaian.

Berkualiti tinggi


FABRIK yang digunakan untuk kimono ini adalah sifon, sutera dan krep.


Ujar Angelina, wanita sekarang sentiasa sibuk tetapi ingin berpenampilan kemas dan anggun, sekali gus menyaksikan kimono itu sebagai satu penyelesaian.

“Potongan kimono ini cukup ringkas tetapi mampu memikat mata yang memandang tanpa bergaya secara berlebihan atau terlalu memaksa diri untuk kelihatan sempurna.

“Alunan kimono ketika melangkah mampu menarik perhatian terutamanya penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi seperti sifon, sutera dan krep dapat menyerlahkan gaya si pemakai,” jelasnya.

Menariknya, kimono itu boleh digayakan oleh semua wanita tanpa mengira usia dan bentuk badan, malah mampu menjadikan penampilan lebih menarik ketika memakai baju kebaya.

Rosie On Fire yang turut menjual pakaian wanita seperti dres, baju, seluar dan skirt hanya boleh dibeli menerusi online.

INFO Rosie On Fire

* Laman web: www.rosieonfire.com

* Facebook: facebook.com/ rosieonfireshop

* Instagram: @rosieonfireshop

* Harga: RM150 dan ke atas

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 47