RENCANA UTAMA

<i>Afghan Star</i> tonjol bakat wanita menyanyi, menari

Afghan Star tonjol bakat wanita menyanyi, menari


DARI kanan: Sayed Jamal, Zulala dan Babak Mohammadi berganding dalam satu persembahan muzik televisyen, Afghan Star di Kabul.


dengan solekan berwarna gelap di kelopak mata, Zulala Hashemi berdiri megah dengan kasut tumitnya setinggi empat inci untuk menjadi penyanyi.

Gadis berumur 18 tahun itu merupakan calon pertama yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir rancangan muzik televisyen iaitu Afghan Star.

Zulala yang berasal dari timur Jalalabad iaitu kubu kuat Taliban dan militan Negara Islam (IS) akan berentap dengan penyanyi rap dalam pusingan akhir tersebut.

Pertarungan pada pusingan akhir itu dilihat akan menjadi sesuatu yang menarik sepanjang 12 tahun siaran program popular itu.

Dalam diam-diam, Aryana Saeed yang juga merupakan juri pertandingan dan aktivis wanita memberi sokongan kepada Zulala.

Aryana yang dilahirkan di Kabul tetapi tinggal di London diumpamakan seperti bintang realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian.

Sokongan


ARYANA (kiri) dan Zulala memberi satu gaya istimewa.


Dia kurang digemari dalam kalangan golongan agama kerana pemakaiannya.

“Saya tidak pernah menyembunyikan sokongan kepada wanita yang mempunyai peluang yang sedikit di negara ini.

“Buat julung-julung kalinya, orang ramai telah mengundi seorang gadis yang datang dari wilayah yang agak konservatif di sebuah negara Islam,” katanya.

Afghan Star yang mirip dengan rancangan realiti Amerika Idol telah lama popular di Afghanistan sejak kejatuhan rejim Taliban yang mengharamkan muzik di negara itu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, rancangan itu membolehkan wanita bernyanyi dan menari.

Mengikut rekod program tersebut pada tahun 2008, seorang wanita berjaya mendapat tempat ketiga. Sejak itu, belum ada lagi penyanyi wanita yang berjaya menduduki kedudukan ketujuh atau kelapan.

Selain sokongan orang ramai, Zulala juga mendapat sokongan daripada ibunya, Marem Hashemi.

“Walaupun saya tidak menang, saya akan menjadi penyanyi.

“Saya memakai pakaian tradisional tetapi lagu-lagu yang saya nyanyi mengikut Aryana.

“Saya ingin menyampaikan mesej kepada wanita Afghanistan bahawa mereka mesti menuntut hak untuk mengembangkan bakat yang dimiliki,” kata Zulala.

Ketua Tolo TV yang menyiarkan rancangan itu, Massod Sanjer berkata, tiada yang mustahil bagi seorang gadis dari Jalalabad untuk mara ke peringkat akhir.

“Inilah apa yang negara ini perlu sekarang,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, produksi Tolo TV terletak dilindungi pintu besi kebal dan dikawal oleh pengawal bersenjata.

Bandar Afghanistan sering diserang pemberontak dan awal bulan ini sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang hospital tentera di negara itu yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Pesaing Zulala pada peringkat akhir ialah Sayed Jamal Mubarez iaitu seorang penyanyi rap muda dari utara bandar Mazai Sharid.

Etnik


ARYANA (dua dari kiri) bersama para juri yang mengadili peserta yang menyertai program muzik Afghan Star.


Sayed Jamal telah menutup salun rambutnya selama tiga bulan untuk mengambil bahagian dalam acara itu. Dia telah meminjam sebanyak $8 (RM35) daripada jiran-jirannya untuk menaiki bas ke Kabul.

Mengikut undian, Jamal telah mendahului semua peserta sejak awal pertandingan.

Bagaimanapun peluang untuknya menang tetap tipis jika pengundi mengundi mengikut garis etnik di negara itu.

Zulala merupakan etnik Pashtun iaitu penduduk majoriti yang dominan di Afghanistan, manakala Sayed Jamal pula etnik Hazara iaitu minoriti yang telah lama dianiaya.

“Setiap persembahan saya menggalakkan penonton untuk mengundi bakat bukannya etnik,” kata Omid yang bertindak sebagai penyampai rancangan tersebut. – AFP

Rencana Utama!»

Lubuk barangan terpakai berkualiti dari Singapura

PRODUK- PRODUK elektrik dan elektronik terpakai sering menjadi perhatian pelanggan di Pasar Karat Rengit.

GenK»

Minat menulis sejak kecil

Hobi menulis pada masa lapang akhirnya membawa Mikael Sahaja dan Aneff Bahrom sebagai penulis muda genre alternatif apabila idea kreatif mereka dijilidkan menjadi novel.

Varia!»

Gabungan tiga generasi artis seni

Mahzurah (kanan) bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan yang menjayakan pameran Simula di Galeri B Artistic, Damansara Utama, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 31