NEGARA

H5N1: 1,800 unggas dilupuskan

H5N1: 1,800 unggas dilupuskan


AHMAD SHABERY (kiri) memantau kerja-kerja mengambil sampel ayam yang dilakukan oleh kakitangan JPVK di Kampung Tong, Kubang Bemban, Pasir Mas baru-baru ini.


KOTA BHARU – Sebanyak 1,800 unggas dan 1,075 telur dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) semalam dalam usaha membendung wabak se­lesema burung (H5N1) daripada merebak.

JPVK dalam satu kenyataan semalam berkata, selain itu, sebanyak 115 sampel dari 23 premis turut diambil dalam operasi pemantauan yang dijalankan agensi itu semalam.

Jabatan itu bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi yang terlibat dengan aktiviti pelupusan dan pengambilan sampel yang disyaki dijangkiti H5N1.

“Secara keseluruhan sehingga 19 Mac lalu, sebanyak 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 membabitkan enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (6), Tumpat (3), Tanah Merah (1), Bachok (1) dan Pasir Puteh (3) melibatkan 43 premis.

“Jumlah pelupusan keseluruhan setakat ini adalah 33,153 ternakan dan 13,342 telur, manakala bagi aktiviti pemantauan pula, sebanyak 3,127 sampel telah diambil daripada 525 pemilik,” tambah kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47