NEGARA

Padah ganggu isteri orang

Padah ganggu isteri orang


KEADAAN lelaki warga Pakistan yang cedera dibelasah penduduk kampung selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang di sebuah kedai runcit di Mulong,Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU Seorang lelaki warga Pakistan berusia 41 tahun cedera dibelasah penduduk kampung selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Mulong di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran berusia 32 tahun datang ke kedai tersebut membeli barang ditemani adik lelakinya yang menunggu di dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, ketika wanita terbabit mahu membuat pembayaran, suspek yang bekerja di kedai runcit tersebut secara tiba-tiba mengajukan soalan berbaur lucah kepada mangsa yang diulanginya sebanyak empat kali.

Katanya, suspek menunjukkan isyarat jari kelengkeng yang menggambarkan perbandingan kemaluan suami mangsa dengan suspek.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31