KOMUNITI KITA

40 pelajar teruja sertai perkhemahan jati diri

40 pelajar teruja sertai perkhemahan jati diri


Mohd. Imraan (berkopiah tengah) bersama peserta-peserta dan ahli-ahli jawatankuasa penganjuran Perkhemahan Jati Diri Anak-Anak LP8 di Taman Lestari Perdana LP8, Seri Kembangan baru-baru ini.


KEM CUTI SEKOLAH. Surau An-Nur Lestari LP8, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini menganjurkan Perkhemahan Jati Diri Anak-Anak LP8 selama dua hari bermula Jumaat lalu di surau berkenaan.

Kira-kira 40 remaja berusia lingkungan 9 hingga 17 tahun menyertai perkhemahan selama dua hari yang diaturkan oleh Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan surau berkenaan.

Program yang mengambil kesempatan musim cuti sekolah itu melibatkan pelbagai aktiviti termasuk ceramah motivasi, berjalan dalam hutan serta bersukan.

Hadir sama menjayakan program berkenaan adalah Pengerusi Surau An-Nur, Mohd. Imraan Mohd. Nor serta Ketua Biro surau berkenaan, Zamri Darul dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Lestari Perdana LP8, Syahril Akmar Abu Bakar.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31