HIBURAN

Lagu penjara Sanjay Dutt dalam filem

Lagu penjara Sanjay Dutt dalam filem


SANJAY DUTT


Lagu ciptaan aktor Sanjay Dutt ketika berada dalam penjara selama dua tahun akan digunakan dalam filem terbaharunya berjudul Torbaaz.

Menurut penerbit filem tersebut, Rahul Mittra, dia cukup tersentuh apabila mendengar lagu yang diberi judul O Meri Aangan Ki Chidiya Hai Tu ketika berkunjung ke kediaman aktor berkenaan.

“Sanjay memperdengarkan beberapa buah lagu yang diciptanya ketika berada di dalam penjara. Bagaimanapun, saya cukup tersentuh dan beremosi dengan lagu O Meri Aangan Ki Chidiya Hai Tu.

“Lagu berkenaan mengisahkan hubungan bapa dengan anak perempuannya. Ia dicipta dengan begitu indah dan amat sesuai dengan jalan cerita filem Torbaaz. Sanjay terus memberi persetujuan apabila saya memberitahu mahu menggunakan lagu tersebut dalam filem,” kata Rahul.

Dalam filem aksi yang berlatar negara Afganistan tersebut, Sanjay turut berlakon memegang watak seorang pegawai tentera. Filem berkenaan memaparkan kehidupan kanak-kanak yang digunakan sebagai pengebom berani mati.

Terdahulu, Sanjay meringkuk selama dua tahun dalam Penjara Pusat Yerwada di Maharashtra, India selepas didapati bersalah memiliki senjata secara haram dan terlibat dalam keganasan di Mumbai pada 1993.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31