HIBURAN

Elizabeth Tan mahu masuk ratu cantik

Elizabeth Tan mahu masuk ratu cantik


ELIZABETH TAN kini bebas menentukan sendiri hala tuju karier seninya setelah tidak lagi bernaung bawah mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan artis.


Selepas tiga tahun bernaung bawah syarikat Paranormal Talents dan label Faithful Music, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan nekad untuk bergerak sendiri. Baginya, sudah sampai waktu untuk dia menentukan hala tuju sebenar kerjaya seninya.

Ditemui Kosmo! pada acara pelancaran kempen BeMe Sparkling Ribena dan pelantikannya sebagai duta Sparkling Ribena baru-baru, wanita yang mesra disapa Lizzy itu menjelaskan, kontraknya dengan kedua-dua syarikat tersebut telahpun ditamatkan secara baik.

Pelantun lagu Knock Knock itu turut berbicara tentang perancangan muzik selepas ini. Dia bakal hadir dengan sebuah single baharu yang merupakan hasil ciptaan Akim Ahmad, vokalis kumpulan Akim & Majistret.

Dalam satu perkembangan lain, wanita yang pernah melanjutkan pengajian di Texas, Amerika Syarikat selama dua tahun turut meluahkan, pintu hatinya terbuka untuk menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik dalam negara.

Kosmo!: Boleh ceritakan perkembangan seni terbaharu?

ElizAbeth Tan: Kontrak dengan Paranormal Talents dan label Faithful Music sudah tamat. Jadi, selepas ini saya bebas untuk menentukan hala tuju kerjaya saya sendiri. Saya berharap dapat bekerja dengan nama-nama hebat seperti Faizal Tahir lagi pada masa depan. Buat masa sekarang, saya selesa bergerak sendiri.

Lama tidak dengar single terbaharu daripada anda, ada perancangan untuk hadir dengan buah tangan terkini?

Ya, sebenarnya saya tidak mahu bercakap terlalu terperinci mengenai hal ini. Saya akan hadir dengan single terbaharu hasil ciptaan Akim Ahmad. Saya sangat teruja kerana lagu ini ada unsur rock dan K-Pop.

Selain itu, telah merakamkan sebuah single Inggeris dengan seorang penyanyi kelahiran Australia bernama Gabriel Lynch. Lagu tersebut untuk pasaran antarabangsa.

Bagaimana pula dengan perancangan untuk terus aktif dalam bidang lakonan?

Sebenarnya, tahun ini saya juga merancang untuk fokus berlakon tetapi banyak pula kekangan daripada segi masa kerana saya banyak terlibat sebagai duta produk.

Sebelum ini, saya ada mengikuti uji bakat untuk memegang salah satu watak dalam filem Polis Evo 2.

Saya dapat watak tersebut namun saya terpaksa menolaknya kerana saya dikehendaki memotong rambut pendek seperti lelaki.

Saya rasa watak itu bukan untuk saya walaupun sebenarnya saya mahu melakonkannya. Tidak mengapa, mungkin rezeki di tempat lain.

Mengapa anda tidak sanggup mengorbankan rambut demi watak dalam filem?

Bukan begitu. Saya terikat dengan banyak komitmen sebagai duta produk dan jenama buat masa sekarang. Jadi, saya tidak mahu memberi reputasi yang buruk terhadap produk atau jenama yang saya wakili. Rasanya okey juga kalau saya berambut pendek seperti aktres Resident Evil: The Final Chapter, Ruby Rose (ketawa).

Anda juga kelihatan sangat kurus sejak kebelakangan ini, boleh jelaskan?

Sebenarnya, saya sangat sibuk sehingga waktu tidur saya terganggu. Saya pula memang seorang yang amat gilakan kafein. Rasanya itulah penyebab tubuh saya jadi kurus. Sekarang berat badan saya sudah naik menjadi 49 kilogram (kg). Tahun lepas, saya lagi kurus iaitu dengan berat 46kg sahaja.

Ingatkan anda sedang membuat persiapan untuk bertanding dalam Miss Universe akan datang, benarkah?

Mana ada, tetapi secara jujurnya memang saya ada pasang angan-angan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Semasa saya melanjutkan pelajaran di Texas, saya ada menjalani latihan sebagai persediaan memasuki pertandingan ratu cantik.

Ia adalah impian saya sejak saya berusia 10 tahun. Kalau ada peluang bertanding, saya tidak akan mensia-siakannya.

Rencana Utama!»

Lubuk barangan terpakai berkualiti dari Singapura

PRODUK- PRODUK elektrik dan elektronik terpakai sering menjadi perhatian pelanggan di Pasar Karat Rengit.

GenK»

Minat menulis sejak kecil

Hobi menulis pada masa lapang akhirnya membawa Mikael Sahaja dan Aneff Bahrom sebagai penulis muda genre alternatif apabila idea kreatif mereka dijilidkan menjadi novel.

Varia!»

Gabungan tiga generasi artis seni

Mahzurah (kanan) bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan yang menjayakan pameran Simula di Galeri B Artistic, Damansara Utama, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 15