DUNIA

Norway negara paling gembira di dunia

Norway negara paling gembira di dunia


PEMANDANGAN sebuah jeti dekat perkampungan Mestervik di utara Norway. – Gambar hiasan. - REUTERS


NEW YORK – Norway menggantikan Denmark sebagai negara paling gembira di dunia dalam satu laporan disiarkan kelmarin yang menyeru negara-negara supaya membina keyakinan sosial dan kesaksamaan untuk meningkatkan ke­sejahteraan hidup rakyat.

Negara rantau Scandinavia itu merupakan yang paling bahagia, demikian menurut Laporan Kegembiraan Dunia 2017 diterbitkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan (SDSN), inisiatif global yang dilancarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2012.

Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, Belanda, Kanada, New Zealand, Australia dan Sweden melengkapkan 10 kedudukan teratas senarai berkenaan.

Negara yang berada di kedudukan paling bawah pula ialah Sudan Selatan, Liberia, Guinea, Togo, Rwanda, Tanzania, Burundi and Republik Afrika Tengah.

Senarai tahunan itu adalah yang kelima oleh SDSN dan kali ini, ia melibatkan sejumlah 155 buah negara.

“Negara-negara gembira ialah negara yang mempunyai keseimbangan dalam aspek kemakmuran dan modal sosial. Kualiti ini merujuk kepada kepercayaan tinggi dalam masyarakat, ketidaksamaan yang rendah dan keyakinan kepada kerajaan,” kata pengarah SDSN, Jeffrey Sachs.

Sachs juga merupakan penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Beliau menambah, antara matlamat laporan itu adalah menyediakan kaedah lain kepada kerajaan, institusi perniagaan dan masyarakat untuk membantu negara mereka mencari jalan lebih baik bagi mencapai kesejahteraan.

Sementara itu, Jerman berada di kedudukan ke-16 diikuti oleh Britain (19) dan Perancis (31), manakala Amerika Syarikat (AS) pula jatuh satu anak tangga di tempat ke-14.

Sachs berkata, kejatuhan AS adalah di­sebabkan oleh ketidaksamaan, kesangsian dan rasuah di negara itu.

Senarai tersebut dibuat berdasarkan enam faktor iaitu keluaran dalam negara kasar per kapita, jangka hayat, kebebasan, sifat pemurah, sokongan sosial dan ketiadaan rasuah dalam kerajaan atau institusi perniagaan.

Dalam pada itu, Malaysia berada di tempat ke-42 senarai tersebut. - REUTERS

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31