DUNIA

Lelaki tidak bersalah dipenjara 32 tahun tidak berdendam

Lelaki tidak bersalah dipenjara 32 tahun tidak berdendam


WILSON diiringi ahli keluarga ketika dia keluar dari Pusat Penerimaan Banduan di sebuah penjara di Los Angeles. - AGENSI


LOS ANGELES – Seorang lelaki dipenjara selama 32 tahun untuk jenayah yang tidak dilakukannya telah dibebaskan selepas hakim dari sebuah mahkamah di sini membatalkan hukuman tersebut baru-baru ini.

Individu itu, Andrew Wilson, 62, berkata, dia tidak menyimpan perasaan dendam terhadap pihak pendakwa raya dan mereka yang menghantarnya ke penjara.

Wilson disabitkan hukuman penjara pada tahun 1984 atas dakwaan merompak dan menikam mati Christopher Hanson, 21. Dia kemudiannya dihantar ke Penjara Pusat Men di sini.

Pada Rabu lalu, Hakim Laura Priver memutuskan kes Wilson sebagai 'tidak kukuh' dan menggugurkan hukuman tersebut lalu mengarahkan lelaki itu ‘dibebaskan secepat mungkin.’

“Jika saya bersifat dendam, ia membazirkan tenaga. Lebih baik saya gunakan tenaga yang ada untuk keluarga sendiri. Saya tidak mahu menghabiskan masa untuk memikirkan perkara-perkara negatif,” kata Wilson.

Sejak Wilson dipenjarakan, ibunya Margie Davis, 96, menulis surat kepada semua pihak untuk memohon bantuan. Kes itu diambil oleh sekumpulan pelajar dari Sekolah Undang-Undang Loyola pada tahun 2015 menerusi Project for the Innocent.

Pihak pendakwa raya mengakui ada melakukan beberapa kesilapan yang menghalang untuk perbicaraan adil.

Wilson dilaporkan mungkin menerima pampasan sebanyak AS$1.6 juta (RM7.1 juta) jika dia didapati tidak bersalah berdasarkan bukti kes menerusi satu perbicaraan pada bulan Mei depan. - AGENSI

Rencana Utama!»

Lubuk barangan terpakai berkualiti dari Singapura

PRODUK- PRODUK elektrik dan elektronik terpakai sering menjadi perhatian pelanggan di Pasar Karat Rengit.

GenK»

Minat menulis sejak kecil

Hobi menulis pada masa lapang akhirnya membawa Mikael Sahaja dan Aneff Bahrom sebagai penulis muda genre alternatif apabila idea kreatif mereka dijilidkan menjadi novel.

Varia!»

Gabungan tiga generasi artis seni

Mahzurah (kanan) bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan yang menjayakan pameran Simula di Galeri B Artistic, Damansara Utama, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 31