DUNIA

Saintis temui kepingan kerak Bumi berusia 4.3 bilion tahun

Saintis temui kepingan kerak Bumi berusia 4.3 bilion tahun


SERPIHAN batu yang dikatakan mengandungi kerak Bumi. - AGENSI


OTTAWA, Kanada – Sekumpulan saintis menemui beberapa serpihan yang mengandungi kerak Bumi dipercayai berusia 4.3 bilion tahun di kawasan Great Lakes di sini baru-baru ini.

Bumi yang dianggarkan kini berusia kira-kira 4.6 bilion tahun menyebabkan pasukan saintis menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada peninggalan kerak asal Bumi sekali gus merupakan pembentukan kerak Bumi tertua.

Dalam satu kajian terbaharu, sekumpulan saintis dari Universiti Ottawa dan Sains Carnegie telah menganalisis serpihan batu yang mengandungi sumber tenaga isotop samarium dan logam nadir neodimium yang ditemui di utara Great Lakes.

Sampel kerak bumi itu turut terdiri daripada batu granit berusia 2.7 bilion tahun yang kaya dengan galian magnesium.

“Kawasan itu yang terletak di utara Quebec merupakan kawasan nukleus perisai Kanada. Hasil penyelidikan terdahulu menunjukkan kita memiliki serpihan kerak Bumi yang tertua,”kata Profesor daripada Jabatan Bumi dan Alam Sekitar Sains Universiti Ottawa, Jonathan O’Neil. - AGENSI

Process time in ms: 94