DUNIA

Korea Selatan siap sedia apungkan feri karam

Korea Selatan siap sedia apungkan feri karam


GAMBAR fail pada April 2014 menunjukkan feri Sewol yang terbalik. - AFP


SEOUL – Korea Selatan semalam bersiap sedia untuk mengapungkan feri Sewol yang karam hampir tiga tahun lalu dengan mengakibatkan lebih 300 orang terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak.

Sewol yang mengalami masalah struktur, membawa muatan berlebihan dan bergerak terlalu laju semasa membelok, menyebabkannya terbalik dan karam semasa pelayaran rutin pada 16 April 2014.

Feri itu kini berada pada kedalaman 44 meter di dasar laut di perairan Pulau Jindo, barat daya Korea Selatan.

Waris mangsa menggesa supaya Sewol diapungkan agar siasatan le­bih terperinci dapat dilakukan berhubung nahas itu.

“Namun, sebab utama untuk mengapungkan feri ini adalah untuk mencari sembilan mayat yang masih hilang,” kata seorang pegawai hal ehwal perikanan dan lautan.

Katanya, operasi berkenaan mene­lan kos AS$75 juta (RM332 juta).

Sebuah syarikat China telah memasang 33 batang rasuk di bawah badan kapal berkenaan yang akan dinaikkan menggunakan 66 bicu, katanya dan seorang pegawai lain.

Sistem itu diuji semalam, manakala pihak berkuasa berharap cubaan mengapungkan bangkai Sewol akan dapat dibuat ketika arus lemah dipercayai sekitar 4 atau 5 April depan.

Process time in ms: 47