DUNIA

Korea Utara uji enjin peluru berpandu baharu

Korea Utara uji enjin peluru berpandu baharu


JONG-UN menyaksikan ujian enjin roket berkuasa tinggi Korea Utara dalam gambar yang disiarkan agensi berita KCNA semalam. - REUTERS


PYONGYANG – Korea Utara menguji sebuah enjin roket baharu berkuasa tinggi di stesen pelancarnya di Tongchang-ri dengan pemimpin negara itu, Kim Jong-un memuji kejayaan ujian tersebut, lapor agensi berita rasmi KCNA semalam.

Enjin itu akan membantu Korea Utara mencapai keupayaan pelancaran roket bertaraf dunia, kata KCNA.

Menurutnya, ujian itu melibatkan enjin roket baharu untuk peluru berpandu jarak jauh.

KCNA melaporkan bahawa ujian itu dilakukan di Tapak Pelancaran Satelit Sohae, lokasi ujian roket jarak jauh Korea Utara .

“Jong-un menyifatkan kejayaan ujian ini peristiwa bersejarah dan mengisytiharkannya sebagai kelahiran baharu dalam industri roket Juche (buatan tempatan),” lapor KCNA.

Korea Utara pernah mengadakan lima ujian nuklear dan me­lancarkan peluru berpandu yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pakar-pakar dan pegawai kerajaan percaya bahawa Pyongyang sedang membangunkan peluru berpandu nuklear yang berupaya sampai ke Amerika Syarikat.

Jong-un juga pernah berkata bahawa Korea Utara kini semakin hampir untuk melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua. - REUTERS

Process time in ms: 125