DUNIA

Peru banjir disebabkan El Nino

Peru banjir disebabkan El Nino

DUA pemuda membantu seorang wanita menyeberangi sebatang jalan yang ditenggelami air banjir di Huachipa, Peru baru-baru ini. - REUTERS


LIMA – Pemanasan air laut di Lautan Pasifik sekitar perairan Peru menyebabkan negara Amerika Selatan itu dilanda hujan paling lebat dalam tempoh beberapa dekad yang mengakibatkan kejadian tanah runtuh, penduduk dihanyutkan limpahan air sungai, lebuh raya dinaiki air dan tanaman musnah.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 72 orang maut dan lebih 70,000 lagi hilang tempat tinggal apabila musim tengkujuh kali ini membawa hujan 10 kali ganda lebih banyak berbanding biasa.

Perdana Menteri, Fernando Zavala berkata, separuh daripada Peru diisytiharkan zon bencana bagi mempercepatkan bantuan ke kawasan-kawasan paling teruk terjejas terutamanya di utara negara itu.

Peru dijangka terus dilanda banjir untuk tempoh sebulan lagi.

“Fenomena cuaca El Nino tempatan berpunca daripada pemanasan permukaan air laut di Lautan Pasifik diramal berterusan di utara Peru sekurang-kurangnya sepanjang April depan,” kata saintis tempatan, Dimitri Gutierrez.


SEBUAH treler terperangkap dalam lumpur di lebuh raya Central selepas banjir dan tanah runtuh melanda Chosica, dekat Lima, Peru baru-baru ini. - REUTERS


Dalam pada itu, suasana cemas akibat bencana itu yang dirakam menggunakan telefon pintar dikongsi di internet.

Seorang wanita diselaputi lumpur meronta keluar dari sungai yang dipenuhi serpihan pada minggu lalu selepas banjir lumpur melanda sebuah lembah semasa dia bercucuk tanam.

Jambatan-jambatan runtuh selepas air sungai melimpahi tebing manakala banyak lembu dan babi terdampar di pantai selepas dihanyutkan air banjir.

Sekolah-sekolah di ibu kota negara itu, Lima ditutup dan bekalan air dicatu berikutan loji-loji rawatan airnya tersumbat. Pasar-pasar raya pula kekurangan bekalan air minuman dalam botol disebabkan pembelian panik.

Majoriti penduduk yang terjejas akibat cuaca ekstrem di Peru ialah golongan miskin. Mereka tinggal di pondok-pondok dan tidak pernah berdepan banjir sejak 20 tahun lalu.

“Bekalan elektrik tiada, bekalan air minuman tiada dan kami juga tidak dapat ke mana-mana kerana jalan-jalan ditenggelami air,” kata Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez.- REUTERS

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 46