KESIHATAN

Mewarnakan rambut cetus kanser payudara

Mewarnakan rambut cetus kanser payudara


KARSINOGEN dalam pewarna rambut boleh bertindak balas dengan perbagai bahan pencemar dalam udara untuk membentuk tumor. – Gambar hiasan


TABIAT mewarnakan rambut secara kerap mungkin meningkatkan risiko menghidap kanser payudara dalam kalangan wanita sehingga 23 peratus.

Kajian yang dijalankan University of Helsinki, Finland itu mendapati, karsinogen dalam pewarna rambut boleh bertindak balas dengan pelbagai bahan pencemar dalam udara untuk membentuk tumor.

“Baik kit pewarna rambut untuk dibuat sendiri di rumah mahupun yang digunakan di salun, kedua-duanya mempunyai bahan kimia berbahaya yang mungkin boleh mencetuskan barah,” kata salah seorang penyelidik, Crosby.

Antara bahan kimia berbahaya termasuklah para-phenylenediamine, lawsone, peroxide, nonylphenol, octylphenol dan ammoniated mercury.

Sementara itu, jurucakap Pusat Penyelidikan Kanser United Kingdom, Dr. Jasmine Just berkata, setakat ini, masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa mewarnakan rambut boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

“Penyelidikan perlu terus dijalankan secara meluas dan terperinci bagi melihat kaitan mewarnakan rambut dengan risiko barah,” katanya.

Process time in ms: 16