AURA JUITA

Tambah susu badan dengan Milkbooster

Tambah susu badan dengan Milkbooster


PRODUK Milkbooster ini dijual pada harga RM45 sebotol.


MASALAH kekurangan susu badan bukan suatu perkara baharu dalam kalangan wanita hari ini.

Banyak aspek yang telah diambil kira dalam permasalahan tersebut dan antara yang menjadi punca utama adalah penjagaan pemakanan yang tidak terjaga.

Ia mempunyai kaitan dengan rutin golongan wanita yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Namun kini, golongan ibu di luar sana mempunyai alternatif baharu iaitu produk keluaran Femilac dikenali sebagai Milkbooster yang sesuai untuk diamalkan jika mempunyai masalah kurang susu badan, kecairan susu, tidak berkualiti dan tidak mengenyangkan.

Menurut pengasasnya, Anis Syuhada Shamshul Bahar, 27, produk tersebut sangat sesuai untuk diamalkan terutamanya bagi golongan ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu dalam badan.

“Produk ini diformulasikan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan terpilih antaranya fenugreek, alfalfa, spirulina, habbatus sauda, madu, kismis, kurma serta susu kambing yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Tambahan, produk ini juga telah dihasilkan menerusi hasil kajian yang mendalam selama dua tahun, mengikut segala prosedur yang ditetapkan selain tidak menggunakan bahan-bahan terlarang,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Malah, produk tersebut juga memberikan kepekatan susu badan yang maksimum sekali gus lebih mengenyangkan dan mampu mengelakkan bayi daripada kerap bangun pada waktu malam untuk menyusu.

“Pengambilan Milkbooster juga membolehkan bayi tidur dengan lena selepas mendapat susu badan yang berkualiti,” jelasnya lagi.

Anis menambah, bersesuaian dengan tagline Milkbooster iaitu ‘Tiba-tiba Bengkak’, golongan ibu yang mengamalkan produk tersebut akan dapat mengalami sendiri keberkesanannya seawal satu hingga dua jam dan merangsang penghasilan susu badan selepas mengunyah dua biji makanan tambahan tersebut.

“Malah, selain dapat menambah kuantiti susu badan, Milkbooster juga dapat membantu mencantikkan kulit berikutan nutrien dalam badan yang hilang terutamanya ketika dalam proses berpantang,” jelasnya.

Katanya, produk itu perlu diamalkan dengan mengambil dua biji setiap hari serta pengambilan air yang mencukupi bagi mendapatkan kesan yang lebih menyeluruh.

Selain mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, produk tersebut juga dijamin halal dan para ibu tidak perlu khuatir untuk mengamalkan pengambilan makanan tambahan tersebut.

Dijual pada harga RM45 sebotol, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh mendapatkannya secara atas talian di www.feedmilk.com, ataupun menerusi laman Facebook di femilacMilkbooster Malaysia.

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31