AURA JUITA

Koleksi tudung trendy Mawaddah Izzati

Koleksi tudung trendy Mawaddah Izzati


Kedua-dua koleksi tudung ini sesuai digunakan oleh wanita yang ingin tampil sopan dan bergaya.


Mawaddah Izzati Sdn. Bhd. (Mawaddah Izzati) merupakan satu jenama tudung tempatan yang kian dikenali oleh peminat pakaian wanita di negara ini berikutan rekaannya yang bersifat mesra pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Mawaddah Izzati, Nurul Izzati Ab. Rahman berkata, peminat jenama tersebut boleh mendapatkan koleksi terbaharu mereka iaitu MI Embroidery Series yang menggunakan hashtag #MIembroidseries.

Katanya, koleksi tudung tersebut menggunakan material yang berkualiti tinggi iaitu chiffon nasigi crepe kerana ia mudah untuk digayakan oleh pengguna wanita yang menggemari selendang.

Menurut beliau lagi, pemilihan material itu juga dibuat kerana ia bersifat lembut, selesa, tidak jarang dan beralun.

“Tudung yang didatangkan denga 10 pilihan warna itu mempunyai beberapa ciri unik, sekali gus membezakannya daripada jenama lain iaitu mempunyai lukisan kartun yang direka oleh pasukan pereka Mawaddah Izzati.

“Lukisan kartun itu disulam pada bahagian hujung tepi shawl bagi memastikan ia tidak mudah tertanggal. Saiz tudung yang besar dan panjang menjadikan ia boleh digayakan mengikut kehendak pengguna. Ia juga didatangkan dengan set purdah,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Nurul Izzati, tudung tersebut penggunakan potongan empat bucu bersegi dan didatangkan dalam dua saiz iaitu M yang mempunyai ukuran 2 meter (m) x 0.7m dan XL (2m x 0.9m).

“Ia sesuai digunakan oleh wanita remaja berumur antara 15 hingga 30 tahun yang inginkan kelainan dalam menggayakan shawl harian. Ia lebih trendy dan bersifat lebih muda.

“Bagi orang ramai yang gemarkan tudung labuh, koleksi MI Embroidery Series adalah pilihan tepat kepada anda kerana ia merupakan tudung labuh rekaan terkini,” katanya yang turut memaklumkan ia dijual pada harga RM49 bagi saiz M dan RM59 (XL).

Pada masa sama, beliau berkata, Mawaddah Izzati juga menawarkan tudung World Map Square yang menggunakan material soft cotton crepe ekoran sifatnya yang menepati ciri-ciri tudung bawal iaitu senang digosok, tahan kedut selain tahan lasak kerana ia boleh dicuci dengan mesin basuh, mudah dibentuk di bahagian muka serta tidak jarang.

Nurul Izzati berkata, didatangkan dengan empat pilihan warna, selain memiliki beberapa kelebihan, antaranya ia didatangkan bersama kotak ekslusif, bersifat edisi terhad serta bersaiz besar sekali gus membolehkannya digayakan mengikut cita rasa pengguna.

“Kami menggunakan potongan empat bucu bersegi dan didatangkan dalam dua saiz iaitu bidang 50 inci yang memiliki ukuran 1.3m x 1.3m dan bidang 60 inci (1.5m x 1.5m).

“Tudung yang berharga RM69 itu sesuai digayakan oleh wanita daripada semua peringkat usia yang cintakan rekaan tudung bercorak terkini dengan gaya Muslimah,” katanya.

Tambahnya, orang ramai terutamanya kaum wanita tanpa mengira peringkat usia yang berminat untuk menjadi dropship atau ejen Mawaddah Izzati boleh hubungi talian 03-8912 4130 atau WhatsApp ke 010-764 6624.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31