HORIZON

Andalusia lancar pakej bajet ke Turki

Andalusia lancar pakej bajet ke Turki

Istana Topkapi merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi di Istanbul, Turki.


SYARIKAT peneraju pakej umrah dan percutian, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menyasarkan lebih daripada 1,000 jualan dan pendaftaran bersempena dengan penganjuran Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, bermula esok, 17 Mac hingga Ahad, 19 Mac ini.

Pengurus Besar Andalusia, Wan Norasikin Wan Ibrahim berkata, bagi sesi MATTA Fair pada kali ini, pihaknya akan membuka tujuh buah gerai bagi memudahkan urusan para pelanggan mereka untuk mendaftar pakej yang diinginkan.

“Sasaran 1,000 pendaftaran dan jualan daripada para pelanggan adalah meliputi keempat-empat pakej yang kami tawar dan sediakan.

“Pelbagai hadiah menarik termasuk tawaran potongan diskaun bakal diberikan kepada mereka yang datang dan mendaftar bersama kami di MATTA Fair nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Wan Norasikin, pada kebiasaannya setiap kali MATTA Fair berlangsung, gerai-gerai Andalusia meraih sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung dari seluruh negara.

“Untuk pakej percutian, menariknya pelanggan boleh membuat pendaftaran serendah RM50 sebagai deposit bagi percutian ke semua 23 destinasi yang kami tawarkan.

“Destinasi percutian yang disediakan termasuklah ke negara-negara Asia, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah,” ujarnya.

Wan Norasikin menjelaskan, hanya berbekalkan minimum RM50, para pengunjung MATTA Fair dapat mengalami sendiri keindahan dan pengalaman percutian yang mengasyikkan bersama keluarga dan sahabat handai.

Tambahnya, bagi tahun ini juga, khas sempena penganjuran MATTA Fair 2017, satu pakej percutian bajet bakal diperkenalkan dengan harga menarik serta berbaloi yang tidak akan dapat diperoleh di tempat lain.

“Pakej percutian tersebut ialah ke Turki selama enam hari tiga malam yang mana pelanggan Andalusia akan dibawa melancong ke dua buah kota terkenal di Turki, Istanbul dan Bursa.


Bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina yang terletak di Balkan, Eropah ini sangat terkenal dengan Jambatan Stari Most


“Pakej terbaharu ini ditawarkan serendah RM3,190 secara keseluruhan termasuk makan dan minum, insurans, hotel penginapan, pengangkutan, tiket masuk lawatan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu Wan Norasikin memberitahu, empat pakej utama yang sinonim dengan Andalusia dan sering menjadi pilihan para pelanggan termasuklah pakej umrah, pakej haji, pakej percutian dan terbaharu, pakej Pelayaran Penyucian Jiwa secara eksklusif.

Menurutnya lagi, bersempena MATTA Fair 2017 ini, pihaknya turut akan merasmikan pakej Pelayaran Penyucian Jiwa yang kali kedua diadakan untuk para pelanggan Andalusia.

Pengurus Andalusia, Mohamad Azli Jaafar berkata, bagi pakej pelayaran tersebut, sebuah kapal pelayaran khas disewa dari Hong Kong untuk pelayaran dari Pulau Pinang - Phuket - Krabi - Pulau Pinang selama empat hari tiga malam bermula 17 hingga 20 Disember nanti.

Pakej ini menawarkan pengalaman pelayaran jiwa yang diisi dengan pelbagai pengisian aktiviti bercorak kerohanian.

“Untuk pakej ini, ia sudah mula dibuka pendaftarannya dan hingga kini kita sudah mendapat pendaftaran lebih daripada 30 tempahan.

“Pakej yang ditawarkan bermula dari RM3,290 mengikut jenis bilik dan kabin yang diinginkan pelanggan,” ujarnya.

Tambah Mohamad Azli, apa yang menariknya, kapal Superstar Libra 10 tingkat yang disewa dan boleh memuatkan kira-kira 1,200 orang termasuk 742 petugas itu akan disertu (menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah) secara keseluruhan serta dipantau pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiga hari sebelum pelayaran bermula.

Pendaftaran bagi kesemua pakej yang ditawarkan Andalusia boleh didaftar ketika MATTA Fair berlangsung, menerusi laman web Andalusia2u.com dan secara terus ke semua 24 cawangan Andalusia di seluruh negara.

Bukan sahaja terkenal di Malaysia, Andalusia turut disenaraikan Arab Saudi sebagai syarikat agensi pelancongan kelapan tertinggi dunia yang paling banyak membawa jemaah umrah, sekali gus menjadi agensi pelancongan pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan tersebut.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 16