STAILO

Pengalaman membeli-belah ala vintaj di Leviís

Pengalaman membeli-belah ala vintaj di Leviís


Butik baharu di Pavilion Elite turut menampilkan koleksi baharu Leviís Orange Tab.


leviís, merupakan jenama pakaian daripada denim seperti jean, jaket dan juga pelbagai aksesori lain.

Kepada pemburu tegar rangkaian produk denim, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi butik bertaraf elit Leviís baharu yang dibuka secara rasmi di Pavilion Elite Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Butik dengan ruang seluas 257 meter persegi menonjolkan daya tarikan tradisi Leviís yang berteraskan keaslian dan ketukangan.

Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia, Imran Butt berkata, butik tersebut memberikan pengalaman membeli-belah baharu menerusi suasana persekitaran ala vintaj.

ďSebaik sahaja melangkah masuk, pengunjung disambut dengan pelbagai dekorasi berbeza tekstur dan tona seperti kayu pain, gegelung keluli serta konkrit bergilap.

ďPastinya suasana tersebut mampu membangkitkan suasana beli-belah dan pada masa sama pengunjung dapat melihat sendiri koleksi Vintaj Leviís ikonik yang dihasilkan semula dan edisi istimewa.

ďSempena pembukaan butik ini, Leviís turut menampilkan koleksi terbaharu iaitu Leviís Orange Tab iaitu pakaian bercirikan old school pada era counter culture sekitar tahun 1960-an,Ē ujarnya ketika ditemui di Pavilion Elite Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia merupakan gabungan unsur pakaian lama dan baharu yang menampilkan kemasan berciri vintaj mengikut potongan dan fabrik terkini.

Koleksi Leviís Orange Tab akan berada di pasaran seluruh negara bermula April 2017.

Process time in ms: 31