AURA JUITA

Jus Tiin Phamogaut cara alternatif jaga kesihatan

Jus Tiin Phamogaut cara alternatif jaga kesihatan


Jus Tiin Phamogaut dijual pada harga RM50.


Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjaga tahap kesihatan diri dan salah satu daripada cara yang popular dalam kalangan pengguna di negara ini adalah dengan menggunakan suplemen tambahan.

Satu daripada suplemen kesihatan yang kini berada di pasaran adalah Jus Tiin Phamogaut yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu SWD Empire Resources.

Pengasasnya, Nabilah Mohd. Aziz berkata, suplemen berkenaan membantu pengguna mengawal tahap kesihatan dari dalam memandangkan ia merupakan produk berbentuk cecair.

Menurut beliau, syarikatnya menggunakan rumusan enam bahan makanan berkualiti tinggi iaitu buah tin, kurma ajwa, kismis, kurma rotab, madu dan habbatus sauda.

“Orang ramai yang ingin menjalani hidup sihat boleh menggunakan Jus Tiin Phamogaut. Ini kerana ia mengandungi pelbagai khasiat berguna yang didapati menerusi pengunaan bahan-bahan tersebut.

“Sebagai contoh, penggunaan buah tin memastikan produk ini mempunyai kandungan antioksidan yang penting bagi tubuh manusia,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Nabilah, kandungan kalsium dan kalium yang terkandung dalam buah tin juga bermanfaat kepada tulang.

Beliau berkata, kurma pula mengandungi zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang berguna untuk sel darah.

“Habbatus sauda juga telah dibuktikan menerusi satu kajian yang dilakukan bahawa ia mempunyai kesan positif terhadap pengamalnya, jadi kami menggunakan bahan tersebut kerana menyedari tentang kebaikan yang terdapat padanya,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, sebotol Jus Tiin Phamogaut dijual pada harga RM50 di Semenanjung Malaysia dan RM53 bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

“Kami juga sedang menjalankan promosi ke atas jus tersebut iaitu ia boleh dibeli pada harga RM120 bagi setiap tiga botol yang dipesan oleh pengguna,” katanya yang turut memberitahu, produk itu sesuai digunakan oleh mereka yang berusia seawal lapan tahun.

Nabilah juga berkata, setiap botol suplemen kesihatan tersebut boleh bertahan untuk tempoh antara 15 sehingga 20 hari, bergantung kepada cara pengamalannya oleh pengguna.

Katanya, pengguna dewasa cuma perlu mengambilnya sebanyak dua sudu besar setiap pagi iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur manakala dua sudu kecil untuk pengguna kanak-kanak.

Menurut beliau, Jus Tiin Phamogaut boleh dibeli di ibu pejabat SWD Empire Resources yang beralamat di 5-2F, MG Point, Taman Mutiara Gombak, Batu 7, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, selain menjualnya secara online.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 46