AURA JUITA

Furaiha tawar produk kecantikan bertaraf antarabangsa

Furaiha tawar produk kecantikan bertaraf antarabangsa


Kesemua produk ini dirumus menggunakan material yang berkualiti premium.


Set kecantikan berkualiti serta bagi pasaran premium sering kali dikaitkan dengan produk berjenama antarabangsa. Bagaimanapun, sebuah syarikat tempatan, Furaiha Legacy Sdn. Bhd. (Furaiha) berjaya menafikan persepsi tersebut menerusi rangkaian produk keluarannya.

Pengasas Furaiha, Nur Liyana Farahin Sha’are atau Fara berkata, syarikat tersebut telah menghasilkan tiga produk kecantikan yang bersifat premium bagi pengguna tempatan serta pasaran luar negara.

Beliau memberitahu, tiga produk berkenaan ialah krim wajah yang dinamakan Glow Booster Cream, sabun Aqua Habbatussauda’ Soap dan pencuci wajah Luminous DD Cream.

“Ketiga-tiga produk berkenaan boleh dibeli secara berasingan, namun pada masa sama kami turut menawarkan dalam bentuk kombinasi iaitu Set Premium 4 dalam 1 yang dijual pada harga RM199 dan set percubaan (RM119).

“Setiap set mengandungi semua produk tersebut, namun ada antara produk berkenaan yang didatangkan dalam saiz yang berlainan terutamanya set percubaan,” katanya kepada Aura Juita di sini semalam.

Mengulas tentang produk yang ditawarkan, Fara berkata, Aqua Habbatussauda’ Soap berfungsi sebagai pencuci wajah dan menghilangkan sebarang kotoran selain mencuci solekan dan minyak berlebihan pada wajah.

Katanya, ia tidak mengandungi sebarang material berbahaya kepada kulit wajah pengguna. Malah, bahan yang digunakan untuk menghasilkan sabun itu dirumus daripada minyak argan dan habbatus sauda, selain bebas kolagen.

Selain itu, Fara berkata, Luminous DD Cream yang merupakan krim berasaskan air, bebas minyak serta dirumus menggunakan SPF35 itu berfungsi untuk menghalang sinar ultraungu (UV) daripada menembusi kulit pengguna pada waktu siang.

“Krim yang dijual pada harga RM139 itu sesuai untuk semua tona kulit. Ia membantu melembapkan kulit pengguna dan memastikan kulit mereka sentiasa tampak sihat sepanjang masa.

“Luminous DD Cream yang mudah dicuci menjadikan ia sesuai digunakan pengguna Muslimah kerana ia memudahkan proses mengambil wuduk,” katanya.

Jelasnya, Luminous DD Cream itu juga mampu bertahan selama enam bulan, bergantung kepada cara penggunaan.

Mengulas tentang Glow Booster Cream pula, katanya, krim yang berharga RM109 itu dipercayai membantu memulihara kulit pengguna pada waktu malam dan pada masa sama membantu mencerahkannya.

Katanya, ia dirumus menggunakan minyak biji buah anggur dan ekstrak beras yang dipercayai boleh membantu pengguna mengurangkan kedutan pada kulit dan pigmentasi.

“Boleh dipakai pada wajah sebelum pengguna mengenakan solekan kerana ia juga boleh membantu solekan tersebut tahan lebih lama dan menghalangnya daripada merekah,” katanya.

“Kini, Furaiha sedang mengadakan satu peraduan dan pembeli hanya perlu mengumpul tiga kotak set premium itu, ambil swafoto bersama kotak berkenaan dan hantarkannya kepada kami menerusi laman Facebook Furaiha Lecagy atau WhatsApp ke talian 014-980 6630,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa Furaiha telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan antara negara yang mempunyai pengedar sah jenama tersebut ialah Mesir, Rusia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 16