AURA JUITA

Kawal berat badan dengan LuSlimLaBeb

Kawal berat badan dengan LuSlimLaBeb


Suhaili percaya produk LuSlimLaBeb berupaya membantu orang ramai mengawal berat badan.


Masalah berat badan seringkali menjadi isu perbualan dalam kalangan umum, tidak terkecuali di negara ini.

Berpunca daripada masalah tersebut, lambakan syarikat di Malaysia mengambil peluang berkenaan bagi membantu orang ramai mengawal berat badan mereka.

Sehubungan itu, produk bagi menguruskan badan hadir dalam pelbagai bentuk seperti pil, serbuk bancuhan mahupun uncang.

Namun begitu, hasil daripada lambakan produk tersebut di pasaran, mula tersebar berita tidak enak untuk didengari seperti penggunaan bahan terlarang ataupun ketidakberkesanan yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Hal demikian menyebabkan Suhaili Salleh, 25, tekad menghasilkan produk kawalan berat badan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang selamat bagi pengguna dalam negara.

Didaftarkan di bawah syarikat Olathe Apothecary Resources, Suhaili menghasilkan produk unik LuSlimLaBeb yang dipercayai mampu mengawal berat badan dengan menggunakan 100 peratus bahan herba, sesuai bagi penggunaan orang ramai tidak kira tua mahupun muda.

“LuSlimLaBeb merupakan produk kawalan berat badan yang ditawarkan dalam bentuk uncang teh herba dan ia diformulasikan daripada 13 jenis herba. Antara bahan yang digunakan adalah halia, serai, daun pudina, beri Hawthorn serta daun teratai.

“Produk ini juga ditawarkan dalam dua jenis iaitu Morning Boost bagi pengambilan waktu pagi berpaket merah dan Evening Doze Off yang sesuai bagi pengambilan sebelum tidur berwarna kuning.

“Kedua-duanya tidak memerlukan orang ramai untuk berbelanja besar malah ia selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menceritakan bahawa dirinya sendiri pernah mengalami masalah berat badan sebelum terhasilnya LuSlimLaBeb, menurut Suhaili, produknya itu sesuai diamalkan oleh rakyat Malaysia yang dilihat kerap mengamalkan pemakanan tidak sihat ekoran jadual kerja yang sangat sibuk.

“Rakyat Malaysia jelas tidak mempunyai masa untuk bersenam dan hal itu membuatkan mereka sukar untuk menurunkan berat badan secara teratur bahkan masing-masing tidak mengambil berat tentang masalah tersebut.


Produk Morning Boost sesuai untuk diamalkan pada waktu pagi.


“Bertindak sebagai alternatif buat mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenam, LuSlimLaBeb sangat sesuai kerana turut diperkaya dengan vitamin yang baik untuk tubuh badan,” katanya.

Jelasnya, setiap peket LuSlimLaBeb mengandungi 10 uncang yang mampu bertahan selama 10 hari penggunaan dan berharga RM39 setiap satu pek.

Namun, bagi orang ramai yang inginkan potongan harga lebih menarik, mereka boleh mencuba set 30 hari yang menawarkan tiga pek Morning Boost serta tiga paket Evening Doze Off pada harga RM194 sahaja.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 63