AURA JUITA

Lancarkan percutian bersama Tudung Travel

Lancarkan percutian bersama Tudung Travel

Fabrik likra dan sifon memainkan peranan untuk keselesaan maksimum pengguna hijab ini.


Setiap pengembaraan pasti mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Tidak kira jauh mahupun dekat, pengalaman ketika berada di negara asing seringkali menjadi bahan cerita tatkala sampai ke destinasi pilihan.

Malah, penceritaan itulah yang bakal dikongsikan bersama orang tersayang menerusi perbualan mahupun dunia maya. Menitip segala masalah wanita berhijab ketika mengembara ke sesuatu destinasi, Siti Aisyah Mohd. Ghazali, 30, bingkas merealisasikan ideanya menerusi Tudung Travel bagi memudahkan setiap kembara seorang Muslimah lebih praktikal dan pantas.

Mengikut peredaran zaman, penggunaan hijab kini berbeza tidak seperti era sebelum ini. Ia lebih ringkas dan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk didandan mengikut citarasa pemakai.

Menurut Siti Aisyah, Tudung Travel mampu memenuhi keperluan asas setiap wanita berhijab sekali gus menjadi pilihan ramai pengguna ketika mengembara ataupun melancong.

“Pada asasnya, tudung ini membawa konsep yang mudah untuk dibawa ke mana-mana khususnya ketika melancong. Ini kerana fabrik yang digunakan pada Tudung Travel sangat praktikal, malah ia tidak perlu digosok seperti tudung-tudung lain.

“Lebih menarik, Tudung Travel memudahkan si pemakai kerana penggunaan hijab ini tidak memerlukan sebarang pin mahupun anak tudung seperti kebiasaan tetapi masih menyerlahkan kecantikan seorang wanita,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambahnya, Tudung Travel tidak hanya berfungsi bagi melancarkan perjalanan si pemakainya ketika sedang melancong, malah pada masa yang sama boleh berfesyen.

Aisyah yang menubuhkan jenama tersebut sejak awal tahun lalu juga menjelaskan, Tudung Travel boleh digayakan dalam pelbagai cara walaupun dengan satu pasang hijab sahaja.

Mengetengahkan konsep satu tudung bagi pelbagai stail, Tudung Travel menjadi pilihan ramai pengguna hijab dalam negara lebih-lebih lagi harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM29 hingga RM109 sahaja setiap satu.

“Sehingga kini, Tudung Travel menampilkan tiga koleksi hijab iaitu Najjah Series, Rafanda Series dan Printed Series bagi memenuhi segala permintaan pelanggan di luar sana mengikut majlis-majlis tertentu.


Sesuai dibawa kembara, Tudung Travel mudah untuk digayakan mengikut bentuk muka si pemakai.


“Berbeza antara satu sama lain, setiap koleksi di bawah Tudung Travel mempunyai keistimewaannya yang tersendiri mengikut jenis fabrik dan corak rekaan masing-masing malah, jenama ini juga turut menyediakan tudung khas untuk kanak-kanak,” katanya.

Ditawarkan dalam fabrik jenis likra dan sifon, selain tidak perlu digosok, jenama ini menjadi bualan ramai pengguna hijab di negara ini kerana keistimewaannya iaitu mudah untuk digayakan mengikut bentuk muka pengguna, ia juga berasa sejuk, selesa dan lembut dipakai.

Menjadi signatur setiap koleksi tudung daripada jenama berkenaan, setiap pasang Tudung Travel hadir dengan tag besi berbentuk kapal terbang dan beg pouch bagi setiap pembelian.

“Bagi pemilihan warna pula, Tudung Travel memainkan peranan cukup penting kerana setiap negara yang dilawati mempunyai tonanya yang tersendiri. Oleh itu, tudung ini mempunyai pemilihan warna pelbagai untuk digayakan di setiap negara berbeza,” ujarnya.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31