AURA JUITA

Melissa Palazzo Jeans testimoni kreatif MASZ Design

Melissa Palazzo Jeans testimoni kreatif MASZ Design


Melissa Palazzo Jeans dijual pada harga RM99.


Pengeluar busana Muslimah, MASZ Design selama ini sentiasa tampil kreatif dalam menghasilkan produk pakaian yang menepati kehendak pengguna dan rekaannya yang terbaharu juga tidak terkecuali.

Ia yang dinamakan Melissa Palazzo Jeans merupakan gabungan dua jenis seluar yang sering digayakan oleh pengguna wanita iaitu jean dan palazzo.

Menurut Pengasas MASZ Design, Masyitah Md. Hassan, seluar tersebut dihasilkan bagi memberi pilihan kepada pengguna Muslimah yang sukar mencari seluar jean lebih sopan dan tidak terlalu ketat.

“Sehubungan itu, kami mengeluarkan Melissa Palazzo Jean untuk semua pelanggan terutamanya golongan Muslimah. Koleksi terbaharu itu akan membuatkan penggunanya tampil elegan, berasa selesa dan yakin dalam aspek penutupan aurat.

“Material yang digunakan adalah jeans tahan lasak dan selesa dipakai seharian. Material itu dipilih kerana kualitinya yang terjamin tahan lama, tidak luntur warna apabila dicuci.

“Selain itu, ia juga tidak panas walaupun dipakai lama dalam cuaca di Malaysia, serta tidak jarang dan melekap pada badan,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Pada masa sama, Masyitah berkata, MASZ Design cuma mengeluarkan satu warna sahaja untuk permulaan iaitu biru gelap, namun akan menambah jumlah warna sebelum bulan puasa nanti.

Menurut beliau, potongan yang digunakan adalah lurus (straight cut) dan didatangkan dalam dua saiz iaitu petite untuk mereka yang memiliki saiz badan yang kecil dan large untuk mereka yang memiliki badan yang lebih besar.

“Semua wanita boleh menggayakannya kerana ia sangat selesa dan boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian untuk aktiviti formal atau santai.

“Melissa Palazzo Jeans diharapkan dapat memenuhi kehendak semua pengguna yang ingin memakai jean yang longgar terutama para Muslimah.

“Rekaan ini telah pun melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga bulan dan dicuba oleh beberapa pelanggan tetap MASZ Design untuk memastikan material dan rekaan yang dihasilkan benar-benar selesa dan akan menjadi koleksi setiap wanita di Malaysia,” katanya.

Masyitah memberitahu, harga Melissa Palazzo Jeans adalah RM109, namun untuk permulaan ia akan dijual pada harga promosi iaitu RM99 sahaja.

Dalam pada itu, Masyitah berkata, mereka kini sedang mengadakan Flash Sale untuk semua tudung labuh keluaran MASZ Design.

“Selepas Melissa Palazzo Jeans, kami juga akan menghasilkan beberapa rekaan tudung labuh bagi koleksi Ramadan dan Hari Raya Puasa yang bakal menjelma tidak lama lagi,” katanya.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 47