AURA JUITA

Nilai istimewa Hamidah’s Creation

Nilai istimewa Hamidah’s Creation

Rekaan jubah yang terkini keluaran Hamidah’s Creation menjadi pilihan pengguna.


Bagi orang ramai yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan fesyen Muslimah, antara perkara penting yang perlu difikirkan sudah tentu untuk mendapatkan bekalan busana yang menepati golongan sasaran perniagaan masing-masing.

Jika anda merupakan salah seorang daripada golongan yang ingin memulakan perniagaan dan mencari pemborong busana, anda boleh mengunjungi pusat pemborong yang terletak di Bandar Botanic, Klang, Selangor iaitu Hamidah’s Creation.

Duta merangkap jurucakap Hamidah’s Creation, Siti Mastura Mohamad berkata, mereka menawarkan pelbagai variasi produk fesyen kepada golongan pelanggan iaitu pakaian Muslimah, tudung bawal, shawl, telekung, jubah, blaus, songket termasuklah pakaian lelaki.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi kami kerana harga yang ditawarkan di sini begitu murah iaitu bermula serendah RM2 sehinggalah RM49 bergantung kepada item.

“Harga yang kami tawarkan itu boleh dikatakan antara yang terendah di pasaran, yang mana ia menjadi salah satu daripada kekuatan Hamidah’s Creation,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Pada masa sama, menurut Siti Mastura, harga yang rendah itu juga merupakan cara bagi pihaknya membantu orang ramai mendapatkan produk fesyen berkualiti dengan mudah, selain membantu mereka memulakan perniagaan dengan kos rendah.

Beliau juga memberitahu, biarpun menawarkan harga yang murah, ia tidak bermakna barangan yang ditawarkan di Hamidah’s Creation mempunyai kualiti yang rendah dan mudah rosak.

“Kebanyakan daripada material yang digunakan dalam penghasilan busana dan koleksi tudung di sini diimport dari luar negara, sekali gus memberikan produk-produk tersebut nilai tambah.

“Sebagai contoh, material heavy chiffon kami import dari China, manakala lycra dibeli dari Pakistan dan como crepe dari Bangladesh. Begitupun, kami tetap menggunakan khidmat tukang jahit tempatan bagi menghasilkan busana Hamidah’s Creation,” katanya.


Pelbagai jenis produk fesyen boleh didapati di pusat pemborong Hamidah’s Creation.


Menurut Siti Mastura, mereka juga kerap mengemas kini katalog produk yang ditawarkan di pusat pemborong tersebut secara mingguan bagi memastikan ia sentiasa memasarkan barangan yang mendapat permintaan pengguna serta tidak ketinggalan zaman.

“Pasukan pereka fesyen kami sentiasa menghasilkan rekaan produk fesyen yang seiring dengan perkembangan industri dan menjadi trend bagi masa-masa tertentu.

“Ia merupakan antara langkah yang kami ambil bagi memastikan apa jua yang sedang hangat di pasaran boleh didapati di Hamidah’s Creation.

“Semua produk yang ditawarkan di pusat pemborong ini mempunyai golongan sasarnya iaitu daripada kanak-kanak bermula usia tiga tahun sehinggalah mereka yang berusia 50-an,” ujar beliau.

Beliau juga berkata, orang ramai yang melakukan pembelian di pusat pemborong tersebut boleh menukar produk yang dibeli sekiranya mempunyai kerosakan, namun perlu mengemukakan resit pembelian sebagai bukti.

Untuk rekod, Hamidah’s Creation yang mula bertapak di negara ini sejak Mei tahun lalu telah membuka tiga pusat borong iaitu di Klang, Selangor; Pusat Niaga Paya Keladi, Jalan Paya Keladi, Kuala Terengganu, Terengganu dan Jalan Niaga, Kota Tinggi, Johor.

Tambah Siti Mastura, Hamidah’s Creation berhasrat untuk melebarkan perniagaan mereka ke setiap negeri menjelang akhir tahun ini.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31