TERKINI

Tiada rakyat Malaysia cedera serangan pengganas di Pakistan - Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia cedera serangan pengganas di Pakistan - Wisma Putra

17/02/2017 11:16pm


Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam serangan pengganas di Wilayah Sindh, Pakistan pada Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam serangan pengganas di Wilayah Sindh, Pakistan pada Khamis lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 nyawa dan mencederakan 250 orang.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi akan terus memantau situasi berkenaan.

"Kerajaan Malaysia amat sedih dengan tindakan keganasan yang tidak berasas ini dan telah meragut banyak nyawa tidak berdosa di samping mencederakan ramai yang lain.

"Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan secepatnya. Kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat," kata Wisma Putra.

Laporan media menyebut, sekurang-kurangnya 60 maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan ke atas makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh.

Menurut laporan stesen televisyen CNN, Islamic State Khorasan, sebuah sekutu kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - Bernama

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 32