TERKINI

Akim, Stacy selamat timang anak perempuan

Akim, Stacy selamat timang anak perempuan

17/02/2017 8:38pm

Akim dan Stacy selamat menimang cahaya mata sulung tepat pukul 5.15 di sebuah hospital swasta hari ini.


KUALA LUMPUR - Pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy selamat menimang cahaya mata sulung tepat pukul 5.15 di sebuah hospital swasta hari ini.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 26, mengumumkan berita gembira itu dalam laman Instagramnya menerusi sekeping gambar yang menampakkan kaki bayi mereka.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin anak sulung kami iaitu seorang bayi perempuan di petang hari Jumaat yang mulia.

"Ibu dan bayi berada di dalam keadaan baik-baik sahaja. Terima kasih untuk setiap doa yang dikirimkan buat kami sekeluarga," katanya pada kapsyen gambar itu lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Isabella yang berusia lima tahun. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 15