SUKAN

Lorenzo belum serasi bersama Ducati

Lorenzo belum serasi bersama Ducati


LORENZO masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera Ducati apabila hanya mencatat masa ke-11 terpantas pada sesi ujian di Phillip Island kelmarin.


AUSTRALIA – Pelumba baharu Ducati, Jorge Lorenzo mengakui bahawa dia berpuas hati dengan hasil ujian pertamanya di trek Phillip Island biarpun hanya menamatkan saingan di tempat ke-11

Juara MotoGP sebanyak tiga kali itu melengkapkan 61 pusingan dan merekodkan masa terpantas dengan catatan 1:30.631s iaitu ketinggalan 1.134 saat berbanding catatan yang dilakukan juara dunia musim lalu dari Honda, Marc Marquez.

“Hasil sesi ujian di sini jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Kami menggunakan asas dan persediaan yang sama seperti ujian akhir di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Lorenzo turut me­ngalami kesukaran apabila tayar belakang jenteranya tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan dan keadaan angin kencang mengganggu corak tunggangannya.

Ekoran masalah yang dihadapi itu, Lorenzo membuat keputusan untuk berehat di pit bagi tempoh 90 minit terakhir ujian berkenaan ketika pelumba lain masih rancak untuk memperbaiki catatan masa dan me­ngumpul sebanyak mungkin maklumat melalui sesi berkenaan.

“Agak mendukacitakan apabila pada satu jam terakhir kami tidak mampu untuk meningkatkan masa pusingan seperti pelumba lain. Bagaimanapun, kami tetap menghasilkan perkemba­ngan yang menarik kerana pada ujian tersebut kami berjaya mendapat ba­nyak maklumat baharu dan beberapa perkara perlu diperbaiki sebelum menjelangnya perlumbaan pertama musim ini,” katanya. – Agensi

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 16