SUKAN

Tengku Amir sesuai terajui FAS

Tengku Amir sesuai terajui FAS


TENGKU AMIR SHAH sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak Selangor dan sering hadir menonton perlawanan di Stadium Shah Alam.


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) berharap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dapat menerajui pucuk pimpinan badan induk persatuan bola sepak ne­geri itu demi mengembalikan kegemilangan skuad Merah Kuning.

Perkara itu diakui oleh Naib Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal ketika diminta mengulas mengenai tujuh saranan yang ditetapkan oleh Tengku Amir dalam merencanakan transformasi serta langkah pembaharuan bagi mewujudkan pengurusan lebih cekap dalam badan bola sepak negeri terbabit.

Tanpa berselindung, Subahan mengakui, tujuh saranan Tengku Amir benar-benar bernas dan barisan Exco FAS menyambut baik cadangan itu dan bersedia untuk melaksanakan titah baginda.

Bagaimanapun, Subahan berharap Tengku Amir dapat menjadi Presiden FAS baharu selepas mantannya me­rangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu dan baginda merupakan calon paling tepat untuk mengemudi pucuk pimpinan FAS.

“FAS amat berbesar hati dan gembira kerana Tengku Amir benar-benar ikhlas dan ambil berat mengenai bola sepak Selangor.

“Setiap saranan Tengku Amir benar-benar bernas dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya itu antara perkara-perkara yang telah dirancang oleh Exco-Exco FAS yang bakal mengadakan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) pada 23 Februari ini. Keprihatinan Tengku Amir menerusi saranan-saranan itu membuktikan baginda mengambil berat bola sepak di negeri ini.

“Kami amat berharap Tengku Amir akan berkenan untuk menerajui FAS. Pada masa sama, kami berharap baginda berkenan untuk bertemu dengan barisan Exco FAS selepas EGM nanti kerana banyak peran­cang­an yang perlu dibincangkan bersama Tengku Amir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelmarin, Tengku Amir bertitah, langkah pembaharuan dalam FAS perlu bagi mewujudkan barisan pengurusan yang cekap sekali gus meletakkan pembangunan bola sepak sebagai keutamaan berbanding ego peribadi dan kepentingan individu-individu tertentu.

Antara tujuh saranan baginda adalah jawatan Presiden FAS tidak boleh dipegang lebih daripada dua penggal iaitu satu penggal tidak lebih daripada empat tahun.

Titah baginda, kriteria untuk menjadi calon Presiden FAS pula adalah individu terbabit tidak boleh terlibat secara langsung dalam politik.

Tambah Tengku Amir, individu yang suka membuat kacau-bilau dan mengganggu ketenteraman orang ramai juga tidak perlu mencalonkan diri selain turut meminta agar statut badan induk bola sepak negeri itu dikemas kini termasuk memberi lebih kuasa eksekutif kepada Presiden FAS dan mahu ahli gabungan di bawah FAS bersikap lebih telus.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31