SUKAN

Tiada istilah damai – Chong Wei

Tiada istilah damai – Chong Wei




“TIADA istilah damai,” tegas pemain No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei berhubung konfliknya dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen semalam.

Sebaliknya, Chong Wei berkata, beliau kini berasa lebih lega selepas dapat meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Frost yang terpendam selama setahun setengah dan kini hanya mahu fokus dengan pemulihan kecederaan lututnya.

“Saya tidak akan lupa apa yang dilakukan kepada saya. (Berdamai) mungkin susah sikit, selama 18 tahun bersama BAM, tiada seorang jurulatih sanggup melakukan perkara ini kepada saya... tidak pernah saya kata tidak kepada semua keputusan BAM,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kedai telekomunikasi XOX Space di Sunway Pyramid.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 32