SUKAN

Mental pemain Arsenal ‘koyak’

Mental pemain Arsenal ‘koyak’

PEMAIN Arsenal, Mesut Ozil (kanan), Shkodran Mustafi (tengah) dan Francis Coquelin kelihatan hilang semangat selepas Arsenal dibenam 1-5 oleh Bayern di Allianz Arena.


SIDANG akhbar oleh pengendali Arsenal, Arsene Wenger selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi semalam hanya bertahan selama dua minit dan 58 saat atau hanya tiga soalan berjaya diajukan.

Ternyata Wenger tidak bersedia untuk bercakap apa-apa selepas menyaksikan Arsenal dimalukan dengan kekalahan 1-5 di tangan Bayern Munich, malah mengakui ia umpama ‘mimpi ngeri’ buat skuad The Gunners.

Jurulatih dari Perancis itu turut mengakui, mental para pemain Arsenal ‘koyak’ apabila membiarkan pasukan itu dibolosi tiga gol dalam tempoh 10 minit pada babak separuh masa kedua menyebabkannya hilang kata-kata untuk memberi penjelasan mengenai kekalahan tersebut.

Kekalahan itu memanjangkan lagi rekod Arsenal apabila tewas pada setiap kali pusingan pertama kalah mati Liga Juara-Juara sepanjang tujuh musim lalu dengan perlawanan pertama dibolosi dua gol mahupun lebih.

Bagaimanapun, Wenger tetap tidak mahu mengalah kerana masih ada baki 90 minit permainan dan mungkin beraksi di laman sendiri nanti akan memberikan keyakinan tambahan buat anak-anak buahnya.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 47