NEGARA

Maut dijangkiti kencing tikus

Maut dijangkiti kencing tikus


INILAH Hospital Tanah Merah tempat Sagar Ali dirawat dan meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit kencing tikus. – Gambar hiasan


TANAH MERAH – Seorang anggota tentera berpangkat koperal meninggal dunia selepas dijangkiti penyakit ken­cing tikus atau severe leptospirosis semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM) di sini kelmarin.

Mangsa Sagar Ali Abdullah, 39, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.12 malam ketika ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, HTM sejak dirawat pada 12 Februari lalu selepas pulang bercuti di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau di sini.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Terengganu dan bertugas di Unit 2 Rejimen Semboyan Diraja di Kem Tentera Bayan Lepas, Pulau Pinang pulang bercuti ke kampung isterinya di sini selepas bertolak ke Kelantan pada 8 Februari lalu.

Mangsa kemudian mengadu sesak nafas pada sebelah malam hari yang sama sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Tanah Merah keesokan hari oleh isterinya kerana demam dan mudah penat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31