NEGARA

Pengurus besar Nafas direman

Pengurus besar Nafas direman


Pegawai SPRM membawa Nordin untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang merupakan sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukannya untuk memberikan lebih 50 projek bernilai hampir RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman Pengurus Besar Nafas, Nordin Ibrohim, 62, berkenaan bermula semalam sehingga 22 Februari depan.

Terdahulu, beliau yang memakai baju lokap berwarna oren dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.40 pagi.

Nordin akan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kuasa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47