NEGARA

Gengster warga Nepal diberkas

Gengster warga Nepal diberkas


Kediaman yang menjadi lokasi ritual kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng Penang Young Star diserbu polis semalam.


GEORGE TOWN – Polis berjaya membongkar satu kegiatan pemerasan membabitkan kumpulan kongsi gelap warga Nepal yang dikenali sebagai Geng Penang Young Star selepas menyerbu dua buah rumah di Juru dan Bukit Mertajam di Seberang Perai Tengah (SPT)semalam.

Suspek yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita yang berusia 22 hingga 36 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPT kira-kira pukul 12.30 malam.

Salah seorang yang ditahan merupakan ketua Geng Penang Young Star.

Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd. Hamid berkata, penahanan ke atas kesemua suspek terbabit dilakukan susulan tangkapan tiga lelaki warga negara terbabit yang juga ahli kumpulan itu pada Ahad lalu.

“Ketua kumpulan itu yang tinggal di Kuala Lumpur mengaku datang ke negeri ini setiap bulan semata-mata untuk mengambil wang bulanan daripada ahlinya termasuk hasil peras ugut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 32